RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1
Hari : Isnin
Tarikh : 9 Julai 2012
Masa : 8.00 pagi-9.00 pagi
Kelas : 1 Elite
Bilangan murid : 25 orang
Subjek : Matematik
Tajuk : Panjang
Subtajuk : Unit bukan piawai
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
1) Menggunakan perkataan dalam ukuran panjang (tinggi dan rendah, panjang dan pendek, jauh dan dekat) dengan betul.
2) Membandingkan panjang objek dengan menggunakan objek lain dengan betul.
Pengalaman sedia ada : Murid telah mempelajari mengenai objek – objek di sekeliling.
Kemahiran Berfikir : Banding beza, menjana idea, menghubung kait, mengenal pasti, menggambarkan.
Nilai murni : Bekerjasama, berani, yakin
Bahan Bantu Belajar : kad imbasan, ICT, alat tulis, lembaran kerja, payung, pembaris, botol air
Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
Meneka dan membandingkan panjang tali
1. Guru menunjukkan kepada murid dua utas tali berwarna merah dan biru yang digenggam erat pada tangan sebelah kiri.
2. Kedua-dua tali berkenaan adalah sama panjang namun guru menggunakan taktik dimana tali berwarna merah kelihatan lebih panjang berbanding tali berwarna biru.
3. Kemudian guru akan meminta murid meneka diantara kedua-dua tali berkenaan yang manakah lebih panjang
4. Murid akan ditunjukkan panjang sebenar kedua-dua tali.
5. Guru bertanya kepada murid apa yang mereka akan belajar pada hari ini.
Bahan bantu :
Tali berwarna merah dan biru
KBKK :
Menjana idea
Menyatakan pendapat
Langkah 1
(10 minit)
Pengenalan konsep ukuran panjang menggunakan konsep ukuran bukan piawai.
1. Guru mengeluarkan pelbagai barang daripada kotak misterinya. Antaranya botol air, payung, kereta api, dan pembaris.
2. Setiap barang tersebut terdapat dua jenis yang boleh dibezakan cirinya seperti panjang-pendek, tinggi-rendah, jauh-dekat.
3. Guru bersoal jawab dengan murid :
- Yang manakah lebih panjang?
- Yang manakah lebih rendah?
- Yang manakah lebih jauh?
4. Dua orang murid dipilih secara rawak.
5. Kedua-dua mereka diberikan pistol mainan dan peluru.
6. Guru menampal sekeping gambar di papan putih.
7. Murid perlu menembak ke arah gambar tersebut.
8. Sesi soal jawab dilaksanakan.
- Yang manakah lebih dekat dengan gambar?
- Yang manakah paling jauh dengan gambar?
1. Murid akan ditayangkan dengan persembahan power point ( rujuk lampiran )
Bahan bantu :
- payung,
- kereta api,
- pembaris,
- botol air
- ICT
Kemahiran berfikir
- Menjana idea
- Menghubung kait
Langkah 2
(10 minit)
Mengukur panjang dan tinggi objek menggunakan unit bukan piawai.
1. Guru menayangkan persembahan PowerPoint.
2. Murid diajar untuk mengukur satu objek dengan menggunakan beberapa bilangan objek lain yang lebih kecil.
3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
4. Setiap kumpulan diberikan beberapa objek.
5. Dengan bantuan guru, murid perlu mengukur bahan yang diberikan tersebut.
6. Sesi perbincangan dibuat bersama-sama.
Bahan bantu :
- ICT
- bahan maujud
- kad imbasan
Nilai :
- kerjasama
Kemahiran berfikir
- mengenalpasti
- membandingbeza
Langkah 3
(20 minit)
“Pitstop”
1. Murid diberikan kepada 5 kumpulan.
2. Mereka kemudian akan bergerak dari satu stesen ke stesen yg lain.
Stesen 1
- Murid disediakan dua bentuk dua matra.
- Beberapa pemadam kecil disediakan.
- Murid dikehedaki mengukur panjang sisi bentuk tersebut menggunakan pemadam.
Stesen 2
- Murid diberikan sebuah kotak.
- Mereka dibekalkan dengan beberapa batang aiskrim.
- Murid perlu mengukur sisi panjang dan sisi lebar dengan menggunakan batang aiskrim tersebut.
Stesen 3
- Murid perlu mengukur panjang sisi rak kasut dengan menggunakan model kasut yang sama saiz yang telah diberikan.
Stesen 4
- Murid dibekalkan dengan beberapa penutup btol.
- Murid perlu mengukur sisi keliling tiang dengan menggunakan penutup botol tersebut.
Stesen 5
- Murid perlu mengukur panjang salah satu sisi fail dengan batang mancis yang disediakan.
Bahan bantu :
- Kertas soalan
- Muzik
Kemahiran berfikir :
- Membuat keputusan
- Mengenal pasti
- Penyelesaian masalah
Langkah 4
(7 minit)
Latihan pengukuhan
1. Murid diberikan lembaran kerja.
2. Guru membimbing murid untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Bahan bantu :
Lembaran kerja
Penutup
(3 minit)
Rumusan pelajaran dan lembaran kerja
1. Guru meminta murid membuat kesimpulan pembelajaran pada hari ini.
2. Guru memberikan sehelai lembaran kerja berkaitan dengan isi pelajaran kepada murid untuk disiapkan dan ditampal di dalam buku untuk dihantar pada keesokan harinya.
Menggambarkan
Menghubungkait
Bahan bantu :
Lembaran kerja
Ulasan pensyarah :
Refleksi :